Salam Metafora

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, October 25, 2008

Laman Web Kelima

http://www.freewebs.com/pendidikanislam/webstart.htm

Tajuk Laman Web:

Pendidikan Islam

Laman web ini merupakan hak cipta terpelihara oleh Muhammad Khairi 2006

Tujuan:

Sukatan bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

Nilaian Ringkasan:

Dengan ada web Pendidikan Islam ini guru dan pelajar boleh mempelajari di mana-mana sahaja. Selain itu, Para guru ,ustaz dan ustazah dapat menggunakan web ini di makmal komputer dan di dalam kelas yang terdapat sambungan internet. Disamping itu, Pelajar-pelajar pula dapat mengulangkaji dengan menggunakan kemudahan komputer, internet dan makmal komputer. Perkara yang paling penting adalah Semua umat Islam dan orang-orang yang ingin mempelajari Islam dapat menjadikan web ini sebagai salah satu rujukan penting dalam setiap kehidupan yang bergelar Insan dan hamba Allah.

Laman Web Keempat

http://www.cikgu.net.my

Tajuk Laman Web

Cikgu Net

Laman web ini Hakcipta Terpelihara 2008. Segala Hakcipta adalah dipunyai oleh JARING Communications Sdn Bhd

Tujuan Web:

Laman web ini bertujuan adalah untuk memangkin kecermerlangan e-Pembelajaran.

Nilaian Ringkasan:

Laman web ini banyak memberi maklumat kepada semua guru di Malaysia. Laman web ini juga banyak memuatkan imformasi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu juga guru boleh mendaftar untuk join komuniti guru. Dengan adanya komuniti ini guru dapat bertukar fikiran dalam semua hal yang berkaitan dengan tugas pendidik. Laman web ini juga turut berkerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) , Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Pmis Gitn (School Lnet Project) Malaysian Grid For Learning, Jaring Communication SDN BHD, dan Peneng Broadband Geteway Portal. Dengan kerjasama dengan kerajaan dan agensi seperti itu kita mudah mempercayai sesuatu yang berkaitan dengan maklumat yang dikeluarkan dan diberikan.

Laman Web Ketiga

http://www.panitiapijb.com/

Tajuk Laman Web:
Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru
Laman web ini merupakan hak cipta terpelihara Hakcipta @ Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru 2008 / hubungi webmaster ustz. Khairul Anuar 019-7764359

Tujuan web :
Adalah untuk memudahlan dan melicinkan perjalanan pengurusan yang berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam. Web ini juga untuk memudahkan semua guru-guru pendidikan di sekitar daerah Johor Bahru mendapat maklumat baru dan terkini dalam memudahkan tugasan mereka

Nilaian Ringkasan
Laman web ini digunakan untuk meghantar berita terkini, arahan dan aktiviti-aktiviti terkini kepada semua guru Pendidikan Islam dalam sekitar daerah ini. Selain itu juga laman ini meyediakan matlamat, organisasi, aktivi, album dan download. Selain itu juga laman ini juga meyediakan kemudahan dalam memudahkan koleksi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, Bahasa Arab,Tasawur dan juga JQAF. Laman ini juga meyediakan link ilmu, kurikulum dan perkara lain yang menarik berkaitan laman ini juga ada meyediakan nota ICT. Ini akan memudahkan para guru dan pelajar untuk mengetahui semua perkara tetang Pendidikan Islam. Selain itu juga semua guru-guru pendidikan Islam di Malaysia juga mendapat maklumat yang sama berkaitan dengan Pendidikan Islam.

Laman Web Kedua

http://websekolah,bharian.com.my/websekolah/pendidikan/index.htm

Tajuk Laman Web:
Web Sekolah Berita Hariaan
Laman web ini murupakan hak cipat terpelihara Hakcipta Terpelihara 2005 © Unit Pendidikan, Berita Harian Sdn Bhd.

Tujuan laman web:
Tujuan laman web ini adalah untuk meyediakan kemudahan kepada pelajar dan guru untuk membantu pengajaran dan pembalajaran.pelajar dan guru boleh mendapatkan apa sahaja yang berkaitan dengan seolan, contoh soalan, ramalan exam, dan lain-lain bagi meudahkan lagi para pelajar dalam pembelajaran.

Nilaian Ringkas:
Laman ini mengandungi beberapa sub topic utama seperti,Klinik Seminar,Year 1 Form 1(YIFI),Buku seperti UPSR,PMR,SPM,Add Akhbar,Didik dan Skor. Dalam subtopic seperti di atas guru dapat meyediakan soalan dan nota yang terkini kepada para pelajar. Ini dapat mengembangkan lagi minda pelajar apabila guru membawa masuk pelajar kedalam makmal komputer sekolah dan meyeruh pelajar mencari sendiri bahan tersebut. Soalan peperiksaan dan nota juga boleh didownload dengan cepat melalui laman web ini. Selain itu juga laman web ini juga mengiklankan seminar dan bengkel peperiksaan kepada guru dan pelajar. Disamping itu juga pelajar boleh memesan buku secara terus melalui laman web ini.

Laman Web Pertama

http://www.gemaislam.net/

Tajuk Laman Web:

Gerbang Maya Pendidikan Islam

Laman web ini merupakan hak cipta terpelihari Fakulti Pedidikan Universiti kebangsaan Malaysia (UKM)

Dokumen yang terkandung dalam laman ini adalah dalam format zip. Sila install perisian berkaitan terlebih dahulu untuk membolehkan anda melihat dokumen ini dengan sempurna. Anda juga hendaklah terlebih dahulu install Font Traditional Arabic ke Foldr Fon

Tujuan Lamn web ini adalah mendedahkan kepada semua guru Pedidikan Islam berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam terutamanya. Para guru boleh mendapat pelbagai maklumat yang penting dalam membantu pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga para guru boleh mendapatkan maklumat terkini tentang pendidikan Islam.

Nilaian Ringkas:

Antaara yang terdapat dalam laman web ini adalah perbagai maklumat terkini untuk membantu para guru Pendidikan Islam dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Laman web ini juga membekalkan sukatan pelajaran bagi semua subjek pendidikan Islam di Malaysia seperti Pendidikan Islam Tingkatan 1,2,3,4 dan lima dan lain-lain. Para guru juga boleh mendownload secara terus isi pengajaran dalam web ini. Web ini banyak membantu guru dari segi meyediakan alat bantu mengajar,video, bahan terkina untuk mengajar serta kemuadahan lain yang terbaik. Yang paling mudah lagi para guru dapat melihat contoh HSP daripada laman web ini untuk menjadi panduan pengajaran dan pembelajaran.

Masalah yang sering dihadapi oleh laman web ini ialah download terlalu lambat. Masalah ini juga di adukan oleh pengunjung yang melayari laman web ini. Cara yang dapat membantu masalah ini ialah dengan sentiasa refresh hanya menekan butang f5.

Wednesday, October 8, 2008

Cara Saya Mencari Laman Web

1. Saya mencari maklumat dengan menggunakan internet saya merancang dulu dengan membuat kata kunci yang berkaitan dan melakarnya dalam bentuk peta minda. Sebelum saya meneroka enjin-enjin seperti yahoo, google dan sebagainya, saya telah mengenal pasti kata kunci yang dikehendaki dengan lebih lanjut. Setelah itu, saya akan mula mencari seberapa banyak maklumat yang berkenaan dengan menggukan kata kunci ”penggunaan ICT”,"keberkesanan ICT dalam Pendidikan", "kepentingan ICT", "Pengintegrasian ICT" dan bayak lagi yang ada di dalam semua web site dalam internet supaya dapat memudahkan saya memperolehi artikel tersebut yang berlainan dengan orang lain. selain itu juga saya juga ada bertanya kepada rakan-rakan mengenai cara-cara memudahkan proses pencarian bahan maklumat dengan mengakses di dalam internet.


2. Saya memulakan proses pencarian bahan maklumat dengan menaip alamat laman web http//:www.yahoo.com dengan mengunakan kata kunci yang saya rancang seperti di atas. Proses pencarian on-line bermula dengan lancar apabila Saya klik kata kunci sudah ada di peta minda yang saya rancang, menggunakan laman web w.w.w yahoo.com, malangnya saya jarang mencarai maklumat menggunakan yahoo. Hal tersebut menyebabkan cara penggunaannya bagi saya terhad. Di samping itu, laman tersebut mempunyai hyperlink dan hyperteks. Apabila hyperlink terlalu banyak menyebabkan saya menjadi keliru.. apabila masalah ini berlaku saya terpaksa merancang semula pencarian saya. ini memyebabkan saya terlalu mengambil masa dalam mencari maklumat.


3. Kesedaran terhadap masalah maklumat yang terhap menggunakan injin pencarian yahoo saya bertukar semula kepada enjin pencarian menggunakan "google" dengan menggunakan enjin pencarian ini baru saya mendapat maklumat yang banyak. Perkara yang sama berlaku kepada saya ialah apabila hyperlink dan hyperteks terlalu banyak saya masih keliru walaupun perangcangan menggunakan peta minda telah dibuat.


4. Setelah saya klik tajuk-tajuk utama yang menjadi pilihan saya, maka saya telah jumpa maklumat yang saya kehendaki. Daripada hasil maklumat yang saya perolehi tersebut, saya telah menilai dan meneroka maklumat yang terdapat dalam artikel tersebut dengan terperinci. Hal ini adalah untuk mencari isi artikel yang paling sesuai dan mudah untuk saya memahami isi kandungannya.

5. Masalah yang paling sukar sekali yang saya hadapi apabila mengakses maklumat di internet ialah surver internet yang kurang lancer dan mengalami gangguan. Justeru saya terpaksa mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

6. Jalan yang paling ringkas sekali yang saya ambil adalah mencari maklumat terlebih dahulu dan save dalam komputer peribadi saya. Kemudian baru saya menganalisisnya di rumah untuk menggelakkan gangguan surver.

7. Kemudian baru saya melancarnya di blog saya.

Sekian Terima Kasih.

51 Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Convent Kajang

RINGKASAN JERNAL 2

Penggunaan Komputer peribadi tidak lagi dianggap sebagai barangan mewah atau ‘Simbul Kemewahan’ malah ianya merupakan keperluan hidup yang membolehkan individu atau masyarakat memperoleh dan mengikuti sebarang maklumat perkembangan sekitar kehidupan seharian. Oleh itu, komputer dan perisian digelar sebagai the wave of the future.


Usaha untuk menjadikan penggunaan computer tercapai dalam masyarat terutamanya institusi pendidikan mestilah bermula daripada golongan pendidik.


Kajian ini dibuat adalah untuk memberi gambaran tentang tahap kemahiran penggunaan komputer serta sikap guru-guru sekolah rendah terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan.


Sikap guru terhad Penggunaan Komputer berunsur positif sanyak 90.9 peratus ini bermaksud SK Convebt Kajang bersetuju menggunakan computer dalam pengajaran dan Pembelajaran. Dan selebihnya tidak setuju dan negetif terhadap penggunaan disebabkan tidak releven dalam penggunaannya.(analisis ini boleh dirujuk dalam jernel 2) http://groups.yahoo.com/group/kbdp2008 dalam fail individu Amirul fahmi.


Cadangan yang diberikan untuk menambahbaik dalam mengatasi masalah penggunaan komputer :

1. Guru tersebut perlu mengikuti kursus komputer sangat digalakkan.

2. Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam menggunakan komputer seterusnya mendorong pelajar melestarikan komputer

3. Pihak kerajaan perlu memudahkan pinjaman membeli komputer dan setiap guru memiliki komputer peribadi sendiri

4. Pihak kementerian perlu meninmbangkan semula kersus kepada guru-guru lama yang tidak menggunakan komputer

Oleh itu ringkasan ini dalah untuk mengetahui sikap positif terhadap penggunaan Komputer.

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cdi/article120.pdf

Monday, October 6, 2008

Implementasi ICT dan Kepimpinan Sekolah:Kajian Kes Si Sekolah-Sekolah Bestari dan SMJKC

Rumusan Jernal 1

Kepentingan pengunaan ICT dalam abad ke 21 tidak boleh dinafikan lagi. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran ICT dan memaksimakan pengunaannya kepada masyarakat Malaysia agar setaraf dengan Negara maju yang lain. Pembaguna sekolah Bestari merupakan pemangkin begi menambahbaik system pendidikan Negara melalui penerapan ICT kepada murid-murid(Kementerian Pelajaran Malaysia 1997).

Kemeterian Pelajaran terus memantapkan projek pembangaunan ICT di sekolah berasakan 3 perkara utama:

1. Lestari dan pencapain ICT kepada semua murid

2. Peranan ICT dalam kurikulum dan ICT sebagai alat pembelajaran

3. Peranan ICT dalam meningkatkan produktiviti, keberkesanan dan kecekapan system pengurusan

Dalam kajian kes implementasi ICT di sekolah-sekolah di Ontario, Fullan (1992), mendapati tiga demensi perubahan dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

1. Pengunaan pekakas dan bahan perisian

2. Pengalaman aktiviti-aktiviti dan pengkaedahan baru

3. Perubahan dan pemahaman dan nilai

Kajian Kes oleh Mooij dan Smeets (2001) di sepuluh sekolah menengah di Netherlands mendapati 5 frasa dalam tranformasi dan mengimplementasi ICT di sekolah iaitu:

1. Pengunaan ICT oleh guru dalam bentuk individi dan kumpulan

2. Peningkatan kesedaran penggunaan Ict kepada semua peringkat

3. Penekanan terhadap kordinasi ICT dan perkakasan di sekolah

4. Penekanan terhadap inovasi secara berperingkat dan sokongan ICT

5. Penggunaan ICT secara integrasi dengan pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira masa dan tempat

Model Implementasi ICT dalam Pengurusan Sekolah

Model 1 : Pengunaan teknologi Maklumat

Menekankan pengurusan pengunaan insfrastruktur teknologi, struktur organisai dan kemahiran guru dalam ICT

Banyak member penumpuan terhadap kemahiran guru dalam menggunakan ICT. Dengan mengunakan alat teknologi ia akan meningkatkan keberkesanan dalam Pengajaran dan pembelajaran.

Model 2 : Model Integrasi

Terdapat dua buah sekolah sahaja yang tergolong dalam kategori ini. Menggunakan ICT bagi membantu menyelesaikan masalah dalam pengurusan. Perbezaan dengan model penggunaan Teknologi, pemimpin-pemimpin sekolah bukan sekadar menggunakan inovasi teknologi tetapi selangkah kehadapan bagi mengintegrasi ICT dalam menyesesaikan masalah.

Model3 : Model Inovasi Budaya

Model ini selaras dengan model perubahan Paradigma yang merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal, melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan cirri organisasi. Satu perbezaan yang jelas antara model ini dengan model integrasi dan penggunaan ialah misi dan visi yeng jelas terhadap penggunaan ICT