Salam Metafora

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, September 12, 2009

Perlukan Lelaki Membina Rasa Cinta semula selepas Kecewa.

Perlukah lelaki membina rasa cinta semula selepas kecewa? itu lah persoalan yang sering bermain diingatan dan jiwa lelaki. bukan semua lelaki sama sepertimana yang dianggap oleh si pemaisuri, yang suka mempermainkan wanita, tatapi dunia hari ini membuktikan bahawa wanita alaf baru sekarang sering juga mempermainkan jiwa lelaki, maksud saya disini bukan semua tatapi kian meningkat dari masa ke semasa. Ramai lelaki sekarang dipermainkan oleh wanita. Ramai juga wanita sekarang yang bercinta dengan ramai lelaki, mereka beranggapan hilang seorang mereka boleh mengantikan dengan yang lain . MasyaAllah...kita kena buang jauh2 persepsi kuno itu. Itulah realiti yang terjadi sekarang. marilah kita sama- sama berdoa agar bakal calon yang kita cari ini bukan tergolong dalam golongan itu. Bukan saya menyalahkan wanita tetapi tanpa ilmu agama, sapalah kita?.Kita sepatutnya mengambil iman sebagai penunjuk jalan, bukan nafsu semata2. Ada pepatah mengatakan kalau kita ikot hati mati. itulah sebabnya kita perlu menyemai dan menyiram hati kita dengan cahaya iman.

Berblik kepada persoalan diatas pengalaman dan kekecewaan itulah yang sering menjadi penyebab, menyebabkan lelaki sering mengabaikan persoalan cinta. Bukan bermaksud serik tetapi lebih berjaga-jaga ataupun berhati2. Bukan mudah lelaki hendak mempercayakan sesorang selepas kecewa. Ada juga yang menutup terus pintu hati walaupun diketuk berkali- kali. bukan jual mahal tetapi kepercayaan terhadap wanita yang kian menipis. Ada juga yang beranggapan wanita itu sama sahaja. Jika ada lelaki yang berfikiran begitu perlulah ia sikit2 membuka pintu hati agar persepsi tersebut dihakiskan dan tidak menjadi mangsa kepada si pemaisuri yang setia. Lelaki perlu berlapang dada membina rasa cinta semula selepas kecewa mengelakkan daripada lelaki ini terus tidak membujang dan berpesepsi buruk terhadap kaum hawa.

Betulkan seseorang yang kecewa sukar untuk membina rasa cinta semula? memang betul, bukan mudah untuk sesorang itu membina rasa cinta semula. lelaki perlukan masa dan waktu. Perlukan kepercayaan semula. Perlu mengubah persepsi yang buruk kepada baik semula. Perlu mengambil pengalaman orang lain yang bahagia untuk dijadikan role model semula. Itulah dalam Islam sendiri menganjurkan cinta selepas berkahwin. Tiada langsung istilah cinta sebelum berkahwin. kita perlu semaikan cinta kepada suami bukan kepada si buaya yang ketagihkan cinta. Takkanlah kita sanggup bekongsi cinta dengan lelaki lain, selain daripada suami? sanggupkah anda semua berkongsi cinta tersebut?. Untuk apa kita menikmati cinta sebelum perkahwinan? saya bimbang kalau kita bercinta sebelum perkahwinan kita mudah merasa jemu dan mudah terhakis perasaan sayang itu setelah berkahwin. Islam meletakkan tempoh pertunang sebagai tempat untuk keta salaing kenal mengenali...apa isunya kita hendak mulakan percintaan yang belum tiba masanya lagi. kalau kita lihat zaman sekarang ramai adik-adik kita di sekolah rendah atau menengah yang sudah memiliki cinta??? ishhhh tak patut. bukan hendak salahkan meraka tetapi media massa yang selalu menjerumuskan jiwa- jiwa bersih kecancah cinta yang belum pasti. sebagai contohnya iklan ditV3 agak memalukan la....mempersoalkan cinta kepada budak di sekolah rendah. bagi saya iklan tersebut tak bermoral langsung. Bukan cara itu kita hendak terapkan 1 Malaysia. dasar sudah cantik, tapi cara perlaksaan perlulah dikemaskini. bagi saya iklan seperti itu haruslah dimansuhkan sama sekali.Jika tidak masalah cinta yang tak tahu apa itu cinta akan menyebabkan jiwa adik2 adik kita lari daripada landasan sebenarnya

OPP jauh lak aku berlari...ada juga yang ahli motivasi mengatakan bahawa cinta sebelum perkahwinan akan menjadi hambar, hilang kesucian, hilang kemanisan, hilang keberkatan, barakah,.disini aku nyatakan prinsip yang perlu dijadikan contoh diri dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain- lain yang bermaksud:

" sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikan hinggalah kematian datang menjemputnya, maka ia adalah seorang yang syahid."

ada juga riwayat lain yang menyatakan;

" sesiapa yang jatuh cinta, lalu ia memelihara kesucian dirinya dan bersabar sehingga meninggal dunia, maka ia adalah seorang yang syahid."

marilah kita melakukan sesuatu perkara yang mendapar keredzaan Allah Bukan celaannya.

Tip Menepis cinta remaja
  1. Tegas dengan Prinsip diri.
  2. meletakan matlamat yang jelas dalam hidup dan perancangan yang terliti.
  3. mengekang hawa hafsu.
  4. mendekati program- program yang membina dan majlis ilmu.
  5. menyebukan diri dalam perkara- perkara yang berfaedah.
  6. akrab dengan Allah dalam ibadah seharian.

Friday, September 11, 2009

Aku Johan Lagi.....

Ucapan Syukur tak pernah lekang daripada biri aku apabila kumpulan aku jadi johan dalam FEKIS o9 baru nie.....kebahagian tergambar di setiap wajah ahli kumpulan aku apabila memenangi pentomen dan sloka tersebut....hanya tuhan je yang tahu. tue la, betul kata pepatah org lama. ala bisa tekal biasa.. alang2 celup pekasam biar sampai kepangkal lengan....
yang nipis tidak akan datang melayang...yang bulat tidak akan datang bergolek. tue la betapa aku gambarkan kenangan dan pengalaman yang kami cipta bersama...

kenapa aku kata johan lagi? johan nie merupakan susulan drpd drama English yang bertajuk Chisse. tue aku maksudkan dengan johan lagi tue.Dalam Drama Faundtion English group aku johan juga.

ok la aku teruskan cerita lagi. Aku bangga dengan kumpulan aku...setiap ahli kumpulan aku bagus sgt....semua membantu sgt....dikemudikan oleh pengarah (Muzaidi) dan timbalan (Kak Comel- Kak Nawal) yang berkaleber membuatkan kami semua jadi bersemangat....kenangan indah ini tak akan aku lupa. aku masih ingat kata2 ketua pengarah, " kita semua berlawan bukan untuk menang tapi untuk kepuasan diri sendiri" itu la kata azimat yang menjadi ingatan aku buat masa ini.

kawan2 biarlah kita bergerak seiring dan sejalan. biarlah kita mendaki bersama- sama walaupun banyak rintangan dan dugaan. walaupun destinasi yang kita hendak capai tidak semestinya mencapai kebahagian yang pasti keikhlas dan kepuasan dapat dicapai. selagi jasad di badan perjuangan harus di teruskan.
aku harap sangat ukhwah fillah yang kita cipta bersama tak dilupakan begitu sahaja. biarlah semusim bersama biar sampai bila- bila kita merasai kemanisannya....

Sahabat2 kamu semua kenangan terindah bagi aku....tanpa kalian aku tidak mampu menimba pengalaman walaupun secebis sekali pun.....

Sahabat ini pesan aku buat kalian apabila kita berada dalam gerak kerja ataupun berorganisasi...

1. Sahaabat- sahabat kita diibaratkat sebagai satu badan yang sempurna, jika kita calarkan badan kita yang sempurna makan sakitlah dan cacatlah badan kita.
2. sahabat2 dalam berpesatuan jangan kita simpan sesuatu dihati. maksud saya jangan kita cipta dan bina "penyakit hati". kalau kita ada buanglah jauh2.
3. Sahabat dlm persataun mana kita tak leh lari daripada terasa, sakit hati, dan lain lagi...jadi jangan simpan dihati. kalau kita simpan tue yang meyebabkan kita rasa tak puas hati apa yang kita buat.
4. Kita kena berfikiran terbuka. Selalu berfikiran fositif.
5. kalau kita terasa luahkan. jangan simpan...luah la secara sendiri. jumpa orang tersebut dan cakap apa rasa isi hati kita.
6. kita juga tak leh lari daripada masalah kesilapan maklumat. kalau tak jelas maklumat tue, jgn malu untuk tanya kembali.
7. jika kita buat sesuatu tue betul, nyatakan pandangan dan pendapat. jangan takut pendapat kita ditertawakan.

ok la dekat nie dulu pesanan saya. Kalau saya bagi banyak takut terlupa lak..

Wasalam

by : amie some