Salam Metafora

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, November 7, 2009

Neraka Allah di Kelab Malam Thailand








Gambar berikut adalah gambar yang diambil selepas operasi memadamkan kebakaran secara tiba-tiba di sebuah kelab malam di Thailand.Mengerikan!!!

Marilah sama-sama kita memuhasabah diri. Mengapa kita semua ada mata tidak mahu melihat lagi kekuasaan Allah, mangapa kita ada telinga kita tidak mahu lagi mendengar lagi suruhan Allah, Adakah kita hendak menjadi seperti binatang ternakan.
Surah al- annam..

Ambillah pengajaran yang berlaku pada dunia ini untuk kita terus miningkatkan amalan dan kita dekat dengan Allah S.W.T...Jadilah kita manusia apabila mendengar ayat suci al-Quran atau suruhan pasti wajilad qulubuhum" Bergeletar hati". InsyaAllah..Marilah kita berdoa agar Allah tidak berbolak balikkan hati kita..Amin.

Tuesday, November 3, 2009

Untukmu Mujahidah Sejati

Mujahidah sejati
intan permata mutiara mahkota
seindah pelangi di cakerwala
menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
engkaulah serikandi pembela agama
peribadi solehah hiasan diri
subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati
akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
hidupnya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
berbekal Al-Quran dan as-Sunnah
bersulam pengorbanan
bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
terus subur mekar mewangi
seindah suria menerangi bumi
harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
menjadi muqarrabin bermujahadah
menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
nilainya sama di sisi Tuhan
cuma ibadah yang membezakan
wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
kerana ia membahaya
jangan dibiarkan ia bertakhta
dalam diri dengan dosa-dosa

Adam dan Siti Hawa

Hawa diciptakan dari rusuk adam..
Bukan dari kepalanya untuk menjadi atasannya
Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya...
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya..

Dekat dengan lengannya untuk dilindunginnya..
Dan dekat pula dengan hatinya untuk dikasihi,disayangi dan dicintainya...
Bila dua jiwa mencintai Ilahi..
Bergabunglah jiwa bersatulah hati...
Dua jiwa satu cinta..
Dua jasad satu matlamat..
Bila cinta kerana Allah...
Berpisahnya tidak gelisah..
Bila rindunya kerana yang Satu..
Bertemunya pasti tak jemu!
Ukhwah itu indah..
Bila bertemu dan berpisah kerana Allah..
Janji Allah pasti benar
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..
Dan bila suatu cinta itu berlandaskan cinta pada yang Esa,kehidupan dirasakan bahagia..
Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah...
Dan sebaik-baik pemuda disisi Allah adalah yang berbekalkan ilmu dan taqwa.