Salam Metafora

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, October 2, 2010

Berbalas Cinta...




Cinta Agung

Album :
Munsyid : Qatrunnada
http://liriknasyid.com

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Berbalas Kasih Cinta.

“ Daripada Abu Hurairah r.a, Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ sesungguhnya Allah berfirman pada hari Qiamat :

Allah : Wahai manusia, Aku sakit tapi engkau tidak menjenguk-KU!

Manusia : Bagaimana aku ingin menjenguk-Mu sedangkan engkau Tuhan Semester Alam?

Allah : Tahukan kamu bahawa hamba-KU, Polan bin Polan sakit tetapi kamu tidak menjenguknya. Padahal seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamu mendapati-Ku disisnya. Wahai manusia, aku minta makan kepadamu tatapi kamu tidak memberi makan kepada-KU!

Manusia : Bagaimana aku hendak memberi makan kepada-Mu sedangkan engkau Tuhan Semesta Alam?

Allah : Tidakkah kamu tahu bahawa hamba-Ku, Polan bin Polan meminta makan daripadamu, tetapi kamu tidak memberi makan kepadanya. Tahukah kamu, sekiranya kamu memberi makan kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala disisi-Ku. Wahai manusia, Aku meminta minum daripadamu tetapi kamu tidak memberi minum kepada-KU!

Manusia : Bagaimana aku hendak memberi minum kepada-MU sedangkan Engkau Tuhan Semesta Alam?

Allah : Tahukah kamu bahawa hamba-KU Polan bin Polan meminta minum daripadamu tetapi engkau tidak memberi minum kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala di disisi-Ku.”

(Riwayat Muslim)

biarlah kita cinta kepada Allah kerana cinta itu kekal buat selama-lamanya...tiada menyakiti dan disakiti malah ketengan yang hakiki dan berpanjangan selamanya...





Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?





by Zaharuddin.net on Friday, October 1, 2010 at 5:00pm
Oleh kerana web asyik down server kerana diserbu pelawat secara serentak. Saya sertakan artikel terbabit di sini.

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:
1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.
Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.
Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan Malaysia pada 25 Jun 2009. Buka sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain

PANDANGAN ULAMA MAZHAB
Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله
Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)


Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-
وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL
Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-
1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)
Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

• Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
• Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
• Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
• Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
• Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
• Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010
p.s : cuba buka link ini untuk melihat gambar yang relevan dengan isu ini. Menarik http://eforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=505706&extra=page%3D1&page=5
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/963/72/

Wednesday, September 22, 2010

Kisah benar ini berlaku di US.




Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

Friday, September 3, 2010

4 Golongan Lelaki



Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S. W. T.





Wednesday, August 11, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..





Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )

Wednesday, March 31, 2010

Kalbuku Tersentap....

Ku mula pegang pena semula…aku merindukan sepi untuk menulis semua…adakah malam ini malam ulangtahun kelahiranku……walaupun jiwa terasa kosong sedikit dengan bebanan kerja yang tak kesudahan….aku tak sangka malam ulang tahun aku pada kali ini jatuh pada minggu terakhir kuliah bagi tahun 3 2010 nie….kerja yang terlalu banyak menyebabkan aku terlupa ari yang paling bersejarah dalam idup aku sendiri. Bukan bermaksud nak mengagungkan ari kelahiranku….tapi hari untuk aku imbau semula….ketika mana aku melakukan perjanjian dengan Allah sebagai seorang hamba. Ya Allah seandainya selama 23 tahun kau anugerahkan nyawa kepada ku….aku melakukan kesalahan, dan perkara- perkara yang mendatangkan kemurkaan kepadaMu ampunkanlah aku Ya Allah….ya Allah aku merintih kepadamu…..ampunkan dosa- dosaku Ya Allah….

Arhhhh….penat dengan kerja menyebabkan aku abaikan mesej-mesej yang dihantar kepada ku……malam ini malam yang penuh kesibukan dengan kengkawan yang masing-masing menyiapkan tugas masing2…ada yang menyanyi…..ada yang bercakap tak henti….menyebab aku tertekan dengan diri sendiri. Arhgggggghhhh…. Aku rehat seketika untuk mengubati jiwa yang gundah gelana ini disebabkan banyak tugasan yang tak siap lagi….barulah aku membelek mesej yang dihantar kepadaku…..

Setiap tahun dialah orang yang pertama menghantar mesej kepada ku……dialah adk yang paling aku sayang sekali nama yang diberi Aiman Amsyar….selalunya dia call….tapi mlm nie dia msj…Mungkin kesibukan dia dan mungkin juga dia berada dalam latihan PLKN…tak sempat untuk dia call aku….nie dia mesej dia..

Salam…slmt aqi lahir yang ke-22…moga panjg umoq,

Drhmati Allah dan dberkti kehidupan d dnia dberi anugerah d syurga…

Jam 12.01 am

Paling aku best sekali dri adkku aiman nie…dia lupa yang aku nie dah tue….. dia masih menanggap aku nie masih muda….. dah la send sampai 2 mesej benda yang sama lak tue…. girang sungguh aty aku membacanya….mcm dia berada dhdpanku ye…… kalau la dok kat depan aku dah lama aku peluk dia….sebab terlalu terharu….apa ya penting bg aiman…mseh….. kerana mengingatiku…. abg syg man…. sbg seorang adik Abadan abada….

Ku baca lak msj kedua drp kakak kandungku sendiri….….arh rindu sgt. Kalau la aku ada dikampung mesti dia dah beli kek dah. Aku tau kak aku sorg nie. Setiap bestdy kita adk beradik dia la buat mcm- mcm…t.q kak aku syg ang.

Salam, slmt mnyambut ari lahir,

Moga sht selalu, dan mendapat keberkatan d dnia n akhirat..b, syukurlah d kurniakan nikmat melihat, mendengar, bercakap,hingga kesaat ini..jgn lupa kita hanya semntr..isilahstiap saat dgn keizinan Allah

Jam 12.03 am

Lupa kau nak citer kat korang semua aku ada 2 sibling laki jew. Dua2 bestdy yang sama. Tue yang best tue. Terasa mcm twin lak. Kepada adikku Muhammad Ariff selamat menyambuat hari lahir…segala ucapan untuk abg…untuk mu juga….trun nie hang lak belanja abg. heeee

Tak sempat aku habis baca kata2 akak aku…..arhhhh msj masuk lak daripada adik ipar lak..Nama dia khairul anuar…tapi aku panggil dia k.a…kami kenal kat pkmk la.. dulu dia diam sekarang alamak….hanya Tuhan jew tahu..

Salam, mirul…selamat hari lahir..smga ukhuwah antara kita terus utuh.

12.05 a.m

Kepada adk ipar mesh na….insyaAllah selagi kita pegang kalimah tauhid yang sama kita tetap bersama…..

Dalam haty yang gembira.aku kembali sedih apabila kawan serumahku zul….atau zoro wish aku…Arhhhh.. aku ingat mesej biasa. Aku baca ala balai jew…aku kembali kepada tugas mengedit teksa arab semula. Si zul nie keluar kat luar. Siap Tanya dah baca ke. Aku mengiyekan jew,,,kata ye.adahal baca sikit jew. Tak hayati pun kata-kata dia. Alamak aku pusing ketika itu. Aku kembali membelik kerjaku yang tudah. Ketika aku teke-5 aku kembali membaca mesej tue…alamak msej yang penuh sadik memerli…adui. Nie mesej dia.

Sanah helwah amie some tua dah…

Fikir2lah:

1. Mati

2. Amalan

3. Nikah

4. Exam

5. Assignment dan lain2..good luck everthing u do….huhu

Amirul dah tua….

Jgn tension2 no…hari baru, tahun baru,azam baru utk personal..hehe…

Apa2pun kullu sanah wa antum bi khoir.

*a9zNine*

12.06 a.m


Nie la mesej dia yang membuat aku tersentap. Ayat depan penuh makna. Sanah helwah….tut kat bawah….yang no 3 tue? Nikah?????????? Soalan maut yang membawa kepada sesak nafas. Dah la selesema. Kalau tak kena call 999 la. No 1& 2 yang buat aku keluar ayat mata tue….. yang paling jahat dalam dunia no 5 tue…ishhhh kawan2. Past ejek aku lak tue…dah tua la apa la….tak pa tapi adk kesayangan dah bagi test muda lagi 22 tahun.hehe.

Dah aku baca betul2 apa lagi aku bising la satu umah. Takpa aku boleh kacau dia lagi….paling tempat dia takut adalah..T*l*N**. haaaaa.

Pastu di susuli lak ngan msj dasuki…aki haahaha

Ni mesej dia.

Selamat ulangtahun kawanku

Moga bertambah amal,

Berkekalan senyuman n meningkat PNGK…hehe

Ma’attaufiq wan najjah fi hayatika. Amin.

12.13 a.m

Amin. Mseh aki.aku rindu ka hang…lama tak tengok ang makan dan gelak rindu aku.

Pastu adik smkak len la hantar…nama dia safwan.

Salam. Slmt hr lahir.hehe. sy yg pertama ucap ka?

12.17 a.m

Hehehhe…apa pun wan meseh ye..cuba lagi taun depan. Pastu aku pun balas msj kat dia…dia pun gelak balik.

Orang terakhir yang antr untuk no cel. Adalah pijah….untuk malam nie jew….esok tak tau la…kalau ada mesti bersambungkan…hehehhehe…

Nie mesej pijah kat abg ipar dia….

Salam, selamat ari lahir, J

12.50 a.m

Ok la penat dah nak citer nie….nak sambung buat keja balik….apa pun kepada yang mengingati diriku…..maseh banyak2 na….doalah kebahagianku dan dirimu jua,,,,, breeeeeek..salam ukhuwah fillah.