Salam Metafora

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, March 29, 2011

Teman-teman KesayanganKu... Rabbit dan Ayam Serama..

salam sahabat...disini saya nak kongsi cerita tantang pet kesayang saya...entah mengapa tetiba perasaan minat untuk memelihara pet ni muncul..perasaan cinta kepada pet nie tidak tahu bagaimana hendak digambarkan...antara pet yang saya ada ialah ayam serama, ikan laga, rabbit, dan burung merpati...saya akan tunjukan pet kesayangan saya....



ini ayam serama yang saya beli dekat Dr. Tajul seksyen 7 bandar baru dulu....skrg dah besar dah,,,,tak tahu nak bagi nama apa...sy nama dia kan putera bangi sebab saya beli dia di bangi.



nie pula betina atau pasangan kepada putera bangi nama dia sri bangi..
saya baru ada ayam serama sepasang...tunggu baka dari sepasang nie la....

# saya juga turut membela rabbit. sekarang rabbit sy dah empat ekor baru...comel2 sgt...ada kata jenis anggora, ada juga rabbit yang nampak mcm rabbit kampung.....sya letak perbagai nama....sekarang baru belajar nak beranak...


yang nampa dalam gambar nir ada lah...yang koko tue betina nama dia suki...yang hita belakang tue nama dia do...kedua2 ekor nie aku beli dekat kedai pakcu jalan nak g putrajaya. saya sanggup bawa balik langkawi dari bangi naik bus...yang tengah 2 nama dia gemuk. gemuk nie saya beli kedai pet dekat jalan nak g ulu melaka langkawi.....hmmm rindunya,....nanti saya citer lagi pasai burung merpati dan ikan laga serta ikan kaloi,koi, lampam dan sebagainya,,,,
wasalam...


Kau pergi meninggalkanku jua…

Hati ini rasa kehilangan sangat2 apabila ia pergi meninggalkan aku. Baru dua hari dia berasa bumi baru dek kerana berhijrah ia pergi buat selamanya. Menitis air mata ini meratapi pemergiannya…ku kebumikannya pada waktu maqrib. Arhhh pilu sgt…pemergiannya turun ditangisi oleh pasangannya….meronta sana sini memangil2…walaupun aku tidak dengar aku terlalu memahaminya…keesokan hari aku meronda seluruh langkawi mencari pengantinya..tetapi tiada….!!! Arhg…lalu aku beli seekor merpati kampung lebih kurang rm 30….malangnya nasibku apabila si pembeli menipu aku mengatakan ia betina, lalu aku pun beli. Dek tak tahu aku ditipu…sehingga sekarang aku belum menjumpai pengantinya,,,, Si jantan sabarye..tuanmu akan berusaha untuk mendapatkan pengantimu…sabar ye…hanya tinggal beberapa detik lagi…..(al-fatihah)

Gambar kenang ketika berada di bangi..

Sehati sejiwa mengikat janji…akhirnya kutangisi pemergianmu….

Terkubur lagu…..menyembah mu….kau temanku tungguku difirdausi…


mulut keluar darah setelah melalui sakaratulmaut...saat kebumikan dia,,,,air mata tetap mengalir


proses pengubumian...sedihnya,,,,,,!!!!!

Tuesday, January 4, 2011

Yang Lalu Biarlah Berlalu…


Jangan lalu biarlah berlalu…jangan dikenang lagi. Bukan tak boleh meningati masa lalu, “boleh” tetapi perlu bersandarkan kepada redha, iaitu sandarkan pasrah yang tinggi kepada Allah SWT. Jangan salahkan takdir….jangan sesekali ada sedikit pun sifat negatif kepada Allah SWT. Setiap apa yang berlaku pasti dan sebab dan musababnya yang tersendiri dan menjadi rahsia oleh Allah buat sementara waktu.

Wahai sahabat!!! Bangunlah daripada mimpi nyeri semalam…carilah jalan yang terang dalam meniti kehidupan yang akan datang…jangan biarkan diri kira bersedih dengan sejarah atau peristiwa hitam yang pernah kita lalui….

Wahai sahabatku!! jika kita mengenangkan peristiwa lalu kita pasti akan hidup dalam keadaan kesedihan yang berpanjangan. Hanya sesetangah orang sahaja yang mampu berfikir positif mengenai sejarah hitam yang mereka laluai dan terus bangun untuk meniti kehidupan yang baru dengan lebih baik.. jika seseorang itu membiarkan mimpi nyeri semalam menganggu kehidupan….sudah pasti masalah jiwa dan tekan perasan akan menguasai…jadi ramai orang yang sakit jiwa dan hidup dalam keadaan murung…ketika ini syaitan penyesat hidup ketawa dengan terbahak2 dan mengatakan “ anak adam sedah tewas dan kalah dengan pujuk rayuku”.

Hal ini juga sering berlaku kepada remaja hari ini.. apabila mereka putus cinta atau bercerai kasih dengan pasangan mereka, mereka lebih suka mengambil jalan pintas untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki. Mereka tidak fikir lagi soal dosa dan pahala… yang mereka tahu keinginan dan kehendak mereka dapat dipenuhi…jadi timbullah pelbagai masalah dalam kalangan ramaja….saya masih ingat lagi suatu peristawa yang berlaku di negeri Perlis…remaja berusia 13 ke 14 tahun tah..yang ingin terjun dari bangunan gara-gara cintanya ditolak oleh perempuan….sedihnya….umat Islam sekarang sudah tipis akidahnya…sudah tidak kenal siapa penciptanya, hanya kerana masalah bercinta meraka sanggup mengadai maruah agama…

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih dan berduka atas kegagalan hidup merupakan suatu tindakan yang bodoh yang tidak boleh diterima akal fikiran yang waras. Mengenangkan kembali boleh diumpamakan seperti membunuh semangat sendiri, membunuh harapan dan menghalang diri untuk bangun dan berjuang untuk terus hidup.

Wahai umat Islam.. janganlah anda hidup dalam mimpi nyeri semalam dan mimpi-mimpi masa lalu atau dibawah bayang-bayang anda sendiri. Angkatlah diri daripada berada dibawah penjara bayang2 yang menghatui diri anda…banyaklah beribadah dan mengingati Tuhan….jangan sesekali salahkan Allah atas apa yang berlaku atas diri kita dahulu. Allah tidak akan menzalimi seseorang hamba itu. Anggaplah ia sebagai ujian meniti kehidupan… jika kita menganggap ia sebagai ujian kita lebih rasa tenang dalam meneruskan hidup….” Kenapa Allah uji kita???” Allah uji kita sebab dia sayang kepada kita!...kalau dia tak sayang kepada kita sudah pasti Allah membiarkan kita dalam dosa-dosa yang berpanjangan…selain itu “ mengapa Allah uji kita?” Allah uji kita sbab dia hendak mengampunkan dosa2 kita yang lalu…. Selain itu Allah uji kita sebab dia nak mentarbiah diri kita secara terus bagaimana cara nak mengahdapi sabar…..kita sll dengar orang kata bersabar!!! Mudah untuk mengatakan sabar tetapi susah untuk melaksanakan sabar tersebut. Apabila ujian tersebut terkena kepada batang hudung kita…baru kita tahu tinggi ke rendah langit….berat ke ringan bebanan yang kita tanggung selama ini….

Wahai sahabat!!! Jangan membiarkan kita terus-terus tenggelam dalam masa lalu….orang yang berusaha untuk kembali ke masa lalu tidak ubah seperti orang yang mengiling tepung. Padahal dirinya sendiri yang tergiling didalamnya. Ada kata2 nenek moyang kita dulu yang patut direnungkan” jgnlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu daripada kuburnya”. Kata-kata ini memberi gambaran dan makan yang sangat dalam sama-sama kita fikirkan…

Perhatian!!!!

* Sempena tahun baru ini berazamlah dan berhijarahlah diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi daripada tahun lepas…..

* Berusaha bersungguh-sungguh dalam hendak mengejar ibadah dan ketaqwaan kepada Allah SWT…

* Cintailah Allah dan Rasul lebih daripada segalanya…kerana cinta Allah itu cinta hakiki dan nabi Muhammad itu kekasih Allah….

* Tinggallah mimpi lalu dan bina hidup baru untuk terus idup dan meniti kehidupan yang lebih sempurna dalam erti kata mengenali Allah dengan sebenar-benarnya.

Saturday, October 2, 2010

Berbalas Cinta...




Cinta Agung

Album :
Munsyid : Qatrunnada
http://liriknasyid.com

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Berbalas Kasih Cinta.

“ Daripada Abu Hurairah r.a, Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ sesungguhnya Allah berfirman pada hari Qiamat :

Allah : Wahai manusia, Aku sakit tapi engkau tidak menjenguk-KU!

Manusia : Bagaimana aku ingin menjenguk-Mu sedangkan engkau Tuhan Semester Alam?

Allah : Tahukan kamu bahawa hamba-KU, Polan bin Polan sakit tetapi kamu tidak menjenguknya. Padahal seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamu mendapati-Ku disisnya. Wahai manusia, aku minta makan kepadamu tatapi kamu tidak memberi makan kepada-KU!

Manusia : Bagaimana aku hendak memberi makan kepada-Mu sedangkan engkau Tuhan Semesta Alam?

Allah : Tidakkah kamu tahu bahawa hamba-Ku, Polan bin Polan meminta makan daripadamu, tetapi kamu tidak memberi makan kepadanya. Tahukah kamu, sekiranya kamu memberi makan kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala disisi-Ku. Wahai manusia, Aku meminta minum daripadamu tetapi kamu tidak memberi minum kepada-KU!

Manusia : Bagaimana aku hendak memberi minum kepada-MU sedangkan Engkau Tuhan Semesta Alam?

Allah : Tahukah kamu bahawa hamba-KU Polan bin Polan meminta minum daripadamu tetapi engkau tidak memberi minum kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala di disisi-Ku.”

(Riwayat Muslim)

biarlah kita cinta kepada Allah kerana cinta itu kekal buat selama-lamanya...tiada menyakiti dan disakiti malah ketengan yang hakiki dan berpanjangan selamanya...





Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?





by Zaharuddin.net on Friday, October 1, 2010 at 5:00pm
Oleh kerana web asyik down server kerana diserbu pelawat secara serentak. Saya sertakan artikel terbabit di sini.

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:
1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.
Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.
Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan Malaysia pada 25 Jun 2009. Buka sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain

PANDANGAN ULAMA MAZHAB
Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله
Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)


Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-
وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL
Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-
1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)
Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

• Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
• Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
• Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
• Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
• Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
• Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010
p.s : cuba buka link ini untuk melihat gambar yang relevan dengan isu ini. Menarik http://eforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=505706&extra=page%3D1&page=5
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/963/72/

Wednesday, September 22, 2010

Kisah benar ini berlaku di US.




Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN