Warna-Warni Kehidupan Menggamit Selautan Memori.. Mencari Sinar Pengertian Menuju Redha Ilahi..
Tuesday, March 9, 2010
Gadisku
Monday, February 1, 2010
Warkah Terakhir...

Segalanya sudah berakhir. Begitulah mesej aku kepada Prof. K. segalanya hanya tinggal kenangan… Aku x mampu menjadi penunggu yang setia.. Aku x boleh menjadi abang yang baik lagi… Biarlah sampai di sini saja… Abg sentiasa doakan kebahagiaanmu… Abg xmampu lagi menyayangi dirimu macam dulu…
Pengharapanku untuk terus merinduimu sudah berakhir sebentar tadi… Aku x akan ulangi kesilapan yang sama lagi… biarlah tangisan airmataku berakhir di sini saja…
Maafkan abg… kerana abg tidak mampu menjadi abg yg baik… Abg x pandai jaga dirimu…
Abg sudah sedar kehadiran abg tidak memberi apa-apa makna bg dirimu… Abg sudah rela pemergianmu… abg sudah terima segalanya… Lambaian tanganmu, segala memori bersamamu.. sudah ku delete dalam ingatanku… Abg berazam tidak akn membuka lg kamus kedukaan ini… Abg berserah kpd Allah kerana abg sudah menjadi manusia yg kuat sedikit…
Ya Allah! Ampunkan dosaku dan ampunkanlah dirinya… Harapan abg semoga kau berbahagia selalu…
Saturday, November 7, 2009
Neraka Allah di Kelab Malam Thailand




Gambar berikut adalah gambar yang diambil selepas operasi memadamkan kebakaran secara tiba-tiba di sebuah kelab malam di Thailand.Mengerikan!!!
Marilah sama-sama kita memuhasabah diri. Mengapa kita semua ada mata tidak mahu melihat lagi kekuasaan Allah, mangapa kita ada telinga kita tidak mahu lagi mendengar lagi suruhan Allah, Adakah kita hendak menjadi seperti binatang ternakan.
Surah al- annam..
Ambillah pengajaran yang berlaku pada dunia ini untuk kita terus miningkatkan amalan dan kita dekat dengan Allah S.W.T...Jadilah kita manusia apabila mendengar ayat suci al-Quran atau suruhan pasti wajilad qulubuhum" Bergeletar hati". InsyaAllah..Marilah kita berdoa agar Allah tidak berbolak balikkan hati kita..Amin.
Tuesday, November 3, 2009
Untukmu Mujahidah Sejati
seindah pelangi di cakerwala
menghiasi taman indah nan permai
Mujahidah sejati
engkaulah serikandi pembela agama
peribadi solehah hiasan diri
subur dengan iman dan ketaqwaan
Mujahidah sejati
akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
hidupnya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa
Mujahidah sejati
berbekal Al-Quran dan as-Sunnah
bersulam pengorbanan
bisa menggegarkan isi dunia
Mujahidah sejati
terus subur mekar mewangi
seindah suria menerangi bumi
harapan ummah yang abadi
Mujahidah sejati
menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
menjadi muqarrabin bermujahadah
menuju cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
nilainya sama di sisi Tuhan
cuma ibadah yang membezakan
wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
kerana ia membahaya
jangan dibiarkan ia bertakhta
dalam diri dengan dosa-dosa
Adam dan Siti Hawa
Bukan dari kepalanya untuk menjadi atasannya
Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya...
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya..
Dekat dengan lengannya untuk dilindunginnya..
Dan dekat pula dengan hatinya untuk dikasihi,disayangi dan dicintainya...
Bila dua jiwa mencintai Ilahi..
Bergabunglah jiwa bersatulah hati...
Dua jiwa satu cinta..
Dua jasad satu matlamat..
Bila cinta kerana Allah...
Berpisahnya tidak gelisah..
Bila rindunya kerana yang Satu..
Bertemunya pasti tak jemu!
Ukhwah itu indah..
Bila bertemu dan berpisah kerana Allah..
Janji Allah pasti benar
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..
Dan bila suatu cinta itu berlandaskan cinta pada yang Esa,kehidupan dirasakan bahagia..
Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah...
Dan sebaik-baik pemuda disisi Allah adalah yang berbekalkan ilmu dan taqwa.
Tuesday, October 20, 2009
Siapa Si Merak : Siapa Si Pipit.
Siapa merak siapa pipit... persoalannya disini mengapa sering timbul perasaan membesarkan diri. Mengapa kita berdabit dada dengan apa yang kita miliki. Mengapa kita sering mandang serong kepada orang lain. Adakah kita memiliki sesuatu menyebabkan timbul perasaan sedemikin. Mengapa juga kita sering bercakap yang kita mampu melakukan segalanya... sedangkan kita tidak mampu untuk mencapai sesuatu.
Jika kita renung dan ingat kembali nasihat Lukman kepada anaknya sudah pasti kita akan tunduk dan merenung semula diri kita yang penuh dengan kehinaan ini. Ini merupakan nasihat Lukman kepada anaknya: " dan janganlah kamu memalingkan wajahmu daripada manusia (kerana sombong dan bongkak) dan jalanlah berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang- orang yang sombong dan membanggakan diri".
kesilapan yang lalu boleh diperbetulkan. Jgn kita rasa kita tidak mampu membuangkan sikap mazmumah ini. sikap yang dibenci dan terkutuk ini. Sikap ego juga sering berangkaian dengan sikap sombong ni. Melaui sikap sombonglah akan melahirkan sikap ego ataupun kibr ini.
Apabila sikap ego menjelabungi diri, nasihat siap pun tidah mahu didengar lagi, merasakan diri merak sedangkan ia pipit, walaupun merak lawa, cantik ia tidak mampu terbang tinggi mcm si pipit. begitulah juga nafsi yang ada kekurangan dan kelemahan masing2. Yang lemah sebenarnya kita boleh tampung dengan nasihat orang lain bukan seperti kita membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja.
Sikap merak jga boleh kita kaitkan dengan sikap ego yang tinggi merasakan diri sendiri sahaja yang betul. Hati mahu, perasaan menutup rasa itu jadinya egois. mengapa kita membiarkan sikap ego ibu segala mazmumah menguasai diri. Sebenarnya kita tanamkan di dalam jiwa ataupun galbu persaan takut iaitu Perasaan takut akan Allah yang Maha Esa Pencipta Sekalian Alam, mempercayai dan mengimani segala kewujudannya.
Seseorang yang memiliki sikap ini sering melatah. tanpa berfikiran yang waras merasakan dirinya tercabar. sepatutnya orang yang berfikiran waras mampu berfikir baik buruknya. Oang seperti ini juga pantang dicabar. jangan kita mencontohi bangsa Yahudi. Mereka memiliki sifat angkuh yang tinggi, merasakan bangsa mereka sebaik- baik bangsa di muka bumi Allah ini.
Sejarah sifat ego @ angkuh ini bermula setelah Allah perintahkan jin dan malaikat sujud kepada nabi Adam a.s tetapi iblis enggan untuk mentaatinya, merasakan ia makluk yang hebat. maka siapa yang memiliki sikap ego yang tinggi mencontihi teladan Iblis.
Antara Faktor menyebabkan ego
1. Ketinggian Ilmu- angkuh dengan pemilikan ilmu yang dipelajari
2. Memiliki Harta yang Banyak- merasakan diri tempat orang untuk memohon sesuatu.
3. Keturunan ternama- Perbezaan darjat ataupun kelas dalam sistem kehidupan.
4. Kebolehan Luar Biasa.
5. Merasakan Diri dalam kalangan Orang Terpengaruh.
6. Merasakan Diri Memiliki segalanya.
Cara hendak merawat sikap ego ini:
1. Mereka perlu sedar bahawa Sifat ini hanya layak kepada Allah S.W.T., makluk tidak mampu memilikinya sedangkan Allah yang menciptanya.
2. Ego sikap Iblis, Mahukah anda memiliki sifat Iblis ini? Sama2 muhasabah diri.
3. Kembalikan pujian orang kepada Allah S.W.T.
4. Segeraberistiqfar
5. Memohon daripada Allah supaya membersihkan jiwa dan hati supaya Allah tidak membolak balikkan hati ini.
Jadi mulai saat sekarang marilah kita muhasabah diri, mikirkan tentang kehidupan yang akan datang. Jika kita tersasar jauh kembalilah kepadanya kerana sesungguhnya ia menerima taubat hambanya yang sentiasa memohon.
marilah kita berfikir sejenak " ego itu ibarat "pakaian" Allah, maka siapa yang memiliki sifat ini, seolah-olah telah merampas pakain Allah. Sebagai makluk yang dicipta, layakkah kita? dan sanggupkah kita.....
Allah hu a'lam....