Salam Metafora

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, October 8, 2008

Cara Saya Mencari Laman Web

1. Saya mencari maklumat dengan menggunakan internet saya merancang dulu dengan membuat kata kunci yang berkaitan dan melakarnya dalam bentuk peta minda. Sebelum saya meneroka enjin-enjin seperti yahoo, google dan sebagainya, saya telah mengenal pasti kata kunci yang dikehendaki dengan lebih lanjut. Setelah itu, saya akan mula mencari seberapa banyak maklumat yang berkenaan dengan menggukan kata kunci ”penggunaan ICT”,"keberkesanan ICT dalam Pendidikan", "kepentingan ICT", "Pengintegrasian ICT" dan bayak lagi yang ada di dalam semua web site dalam internet supaya dapat memudahkan saya memperolehi artikel tersebut yang berlainan dengan orang lain. selain itu juga saya juga ada bertanya kepada rakan-rakan mengenai cara-cara memudahkan proses pencarian bahan maklumat dengan mengakses di dalam internet.


2. Saya memulakan proses pencarian bahan maklumat dengan menaip alamat laman web http//:www.yahoo.com dengan mengunakan kata kunci yang saya rancang seperti di atas. Proses pencarian on-line bermula dengan lancar apabila Saya klik kata kunci sudah ada di peta minda yang saya rancang, menggunakan laman web w.w.w yahoo.com, malangnya saya jarang mencarai maklumat menggunakan yahoo. Hal tersebut menyebabkan cara penggunaannya bagi saya terhad. Di samping itu, laman tersebut mempunyai hyperlink dan hyperteks. Apabila hyperlink terlalu banyak menyebabkan saya menjadi keliru.. apabila masalah ini berlaku saya terpaksa merancang semula pencarian saya. ini memyebabkan saya terlalu mengambil masa dalam mencari maklumat.


3. Kesedaran terhadap masalah maklumat yang terhap menggunakan injin pencarian yahoo saya bertukar semula kepada enjin pencarian menggunakan "google" dengan menggunakan enjin pencarian ini baru saya mendapat maklumat yang banyak. Perkara yang sama berlaku kepada saya ialah apabila hyperlink dan hyperteks terlalu banyak saya masih keliru walaupun perangcangan menggunakan peta minda telah dibuat.


4. Setelah saya klik tajuk-tajuk utama yang menjadi pilihan saya, maka saya telah jumpa maklumat yang saya kehendaki. Daripada hasil maklumat yang saya perolehi tersebut, saya telah menilai dan meneroka maklumat yang terdapat dalam artikel tersebut dengan terperinci. Hal ini adalah untuk mencari isi artikel yang paling sesuai dan mudah untuk saya memahami isi kandungannya.

5. Masalah yang paling sukar sekali yang saya hadapi apabila mengakses maklumat di internet ialah surver internet yang kurang lancer dan mengalami gangguan. Justeru saya terpaksa mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

6. Jalan yang paling ringkas sekali yang saya ambil adalah mencari maklumat terlebih dahulu dan save dalam komputer peribadi saya. Kemudian baru saya menganalisisnya di rumah untuk menggelakkan gangguan surver.

7. Kemudian baru saya melancarnya di blog saya.

Sekian Terima Kasih.

No comments: